Archive for August, 2011


Salam Ramadhan buat semua Muslimat dan muslimin di luar sana :) ape mcm puase tahun ni? yang pasti, moga terdapat  perubahan dari ramadhan yg sebelum nye dan diharapkan ke arah yang positive la ye :)

So, tahun ni, ade bnyk perubahan la jgk for me, sbb dh pndai msk dh sekarang ( ok,puji diri sendiri ;) haha..sape lg nk puji en.. so, post kali ini, ingin ku kongsikan resepi kek coklat yg setakat ni 3 kli ak bwat n kali ketiga paling menjadi..hahaha :D sedap2.. well, here it goes~

Bahan A

1 cawan mentega

1 cawan susu cair

1 cawan air

1 cawan gula perang

Bahan B

1 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan serbuk koko

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh baking powder

Bahan C

1 biji telur ayam

1 sudu teh esen vanilla

Bahan D ( topping)

1 cawan susu pekat manis

2 sudu serbuk koko

1 sudu mentega

Bahan Hiasan

Chocolate Rice :)

Cara-caranye :

Firstly,panaskan air di dalam kukus anda :)

Sediakan mangkuk besar dan campurkan Bahan A. Kacau hingga sebati.

Kemudian ayak Bahan B dan campurkan dengan bahan yang dah dikacau td. Dan kacau sehingga betul2 sebati lagi :D

Agak2 dh sebati td, Bahan C di pukul bersama dan dicampurkn dgn bahan yg dh dikacau betul2 sebati td :D kacau lg sehingga sebati :)

Kemudian, msuk dlm loyang dan kukus selama 1 jam.

Untuk topping :

Masukkan sume bahan D dan kcau sehingga mesra di dalam periuk di atas api..agak2 dlm 5minit leh ler  :)

Lepas kek dh siap masak, siram topping n taburkan chocolate rice :)

Kunci rahsia : Bagi penghasilan kek yg cantik dan rata, api biar sederhana. x besar, x kecik. klau api besar, kek anda akan menjadi seperti apam yg merekah :D kalau api kecik, takut kek x masak pule.. hahaha.. so, biar api sederhana..agak2 dh nk msk, cucuk2 le sikit tgk dlm mentah lg ke x.. ok ?

So, selamat mencuba! :)

LAMPIRAN

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “

Murid 2 = ” Guru “

Murid 3 = ” Teman “

Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina “

Murid 2 = ” Bulan “

Murid 3 = ” Matahari “

Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “

Murid 2 = ” Matahari “

Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “

Murid 1 = ” Baja “

Murid 2 = ” Besi “

Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”

Murid 2 = ” Angin “

Murid 3 = ” Debu “

Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “

Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Wallahualam~

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.